BoostMarketing
Mula RM499

Bila orang cari “kafe near me”, siapa keluar dulu?

Kami urus Google Business Profile bisnes anda supaya nama kedai anda naik dalam senarai Google Maps, tepat pada masa orang berdekatan sedang mencari apa yang anda jual. Servis ini untuk kafe, kedai makan, klinik, farmasi, salon, bengkel dan bisnes tempatan lain di seluruh Malaysia.

Sekali bayar untuk setahun penuh, dan dilindungi jaminan 90 hari wang dikembalikan.

  1. Kafe anda

    Buka sekarang

Hasil sebenar dari profile klien kami

Semua angka di bawah diambil dari dashboard Google Business Profile klien sendiri, dan skrin asalnya boleh dibuka untuk anda semak.

Skrin dashboard Google Business Profile Inara Kafe Putrajaya yang menunjukkan 140k views, 62k searches dan 15k interactions

Inara Kafe Putrajaya

Kafe di Putrajaya

Profile Google kafe ini telah dilihat sebanyak 140,000 kali, muncul dalam 62,000 carian dan menerima 15,000 interaksi daripada orang yang menelefon, meminta arah atau membuka website mereka.

Angka yang sama boleh dilihat pada skrin dashboard pemilik kafe di sebelah.

Lima lagi bisnes yang kami bantu

  • Klinik Setapak Medico

    Klinik di Kuala Lumpur

    Dilihat
    26,000
    Carian
    8,800
    Interaksi
    1,600
    Lihat skrin asalSkrin dashboard Google Business Profile Klinik Setapak Medico, 26k views
  • Baju Kurung Melayu Nisrini

    Butik pakaian di Pekanbaru, Riau

    Dilihat
    24,000
    Carian
    12,000
    Interaksi
    492
    Lihat skrin asalSkrin dashboard Google Business Profile Baju Kurung Melayu Nisrini, 24k views
  • Kita Balloons

    Kedai belon dan hiasan majlis di Putrajaya

    Dilihat
    7,900
    Carian
    1,300
    Interaksi
    1,100
    Lihat skrin asalSkrin dashboard Google Business Profile Kita Balloons Putrajaya, 7.9k views
  • Farmasi Ad Deen Tampin

    Farmasi di Tampin

    Dilihat
    2,800
    Carian
    1,100
    Interaksi
    656
    Lihat skrin asalSkrin dashboard Google Business Profile Farmasi Ad Deen Tampin, 2.8k views
  • Electric Wheelchair Melaka

    Kedai kerusi roda elektrik di Melaka

    Dilihat
    1,200
    Carian
    50
    Interaksi
    227
    Lihat skrin asalSkrin dashboard Google Business Profile Electric Wheelchair Melaka, 1.2k views

Dilihat ialah berapa kali profile dilihat di Google Search dan Google Maps, carian ialah jumlah carian yang memaparkan profile tersebut, dan interaksi merangkumi panggilan telefon, permintaan arah dan klik ke website.

Tiga sebab pelanggan terlepas kedai anda di Google

Orang yang mencari dekat Google Maps selalunya memang dah bersedia untuk datang atau menelefon, cuma mereka akan pilih nama yang mereka nampak dulu dan yang nampak paling meyakinkan.

Kedai tak muncul bila orang cari

Kebanyakan orang memilih dari beberapa nama teratas yang keluar dan jarang skrol jauh ke bawah. Kalau kedai anda tersorok, pelanggan dah pergi ke tempat lain sebelum sempat nampak nama anda.

Review terlalu sikit

Bila dua kedai muncul sebelah-menyebelah, orang lebih yakin dengan kedai yang ada banyak review terkini. Ramai pelanggan yang puas hati sebenarnya sudi tulis review, cuma tiada siapa yang minta dengan cara yang mudah.

Profile tak lengkap

Gambar yang sikit, waktu buka yang tak dikemas kini dan kategori yang kurang tepat membuatkan Google kurang yakin untuk menunjukkan kedai anda, dan membuatkan pelanggan ragu-ragu nak datang.

Macam mana kami bekerja

  1. Anda tambah kami sebagai pengurus

    Hari pertama

    Anda cuma perlu tambah emel kami sebagai pengurus dalam Google Business Profile. Anda kekal sebagai pemilik penuh, tak perlu kongsi kata laluan dan boleh buang akses kami bila-bila masa.

  2. Kami optimize profile anda

    Siap dalam 7 hari

    Kami lengkapkan kategori, keterangan, waktu operasi, servis dan gambar, kemudian mula menyiarkan Google Posts setiap minggu supaya profile anda sentiasa aktif.

  3. Anda terima laporan

    Setiap bulan

    Setiap bulan anda akan terima laporan ringkas tentang berapa kali profile dilihat, berapa carian yang memaparkan kedai anda dan berapa ramai yang menelefon atau meminta arah.

Kalau bisnes anda belum ada Google Business Profile langsung, kami akan setup dari kosong dahulu dan bantu sampai profile anda disahkan oleh Google.

Satu pakej dengan satu harga untuk setahun

Pakej Google Business Profile

Harga asal RM999 Harga sekarang RM499 setahun

Sekali bayar, lebih kurang RM42 sebulan. Tiada caj bulanan dan tiada potongan automatik.

  • Setup dari kosong kalau bisnes anda belum ada profile
  • Optimize penuh profile, dari kategori dan keterangan sampai waktu operasi
  • Urus gambar profile tanpa had
  • Strategi review berserta template mesej untuk minta review
  • Google Posts setiap minggu, iaitu 4 posting sebulan
  • Jawab dan urus soalan dalam bahagian Q&A
  • Analisis pesaing di kawasan anda
  • Laporan prestasi setiap bulan
  • Sokongan terus melalui WhatsApp
Mula RM499

Bayaran selamat melalui SenangPay

Soalan yang selalu ditanya

Bayaran RM499 ini bulanan ke?

Tidak. RM499 ialah bayaran sekali untuk servis setahun penuh, jadi tiada caj bulanan dan tiada potongan automatik. Bila tempoh setahun hampir tamat, kami akan tanya dulu sama ada anda nak sambung.

Kalau tak puas hati, boleh minta duit balik?

Boleh. Dalam 90 hari pertama dari tarikh bayaran, anda layak mendapat refund penuh kalau tak berpuas hati dengan hasilnya. Selepas 90 hari, servis tetap diteruskan sampai cukup setahun tetapi bayaran tidak lagi dipulangkan.

Bisnes saya belum ada Google Business Profile, boleh ke?

Boleh. Kami akan setup dari kosong, termasuk daftar, isi maklumat kedai dan bantu proses pengesahan dengan Google sampai profile anda aktif.

Perlu bagi kata laluan akaun Google saya?

Tak perlu. Anda cuma tambah emel kami sebagai pengurus dalam profile. Anda kekal sebagai pemilik dan boleh buang akses kami bila-bila masa.

Berapa lama baru nampak hasilnya?

Selalunya perubahan mula nampak dalam 4 hingga 8 minggu, dan hasil yang lebih jelas dalam 60 hingga 90 hari. Sebab itulah jaminan kami 90 hari, supaya anda sempat menilai sendiri melalui laporan bulanan.

Sesuai untuk bisnes jenis apa?

Sesuai untuk semua bisnes yang ada kedai fizikal atau melayan pelanggan dalam kawasan tertentu, contohnya kafe, restoran, klinik, farmasi, salon, bengkel, kedai runcit dan servis ke rumah.

Esok ada orang cari kedai macam anda di Google Maps

Pastikan nama anda yang mereka nampak dulu. Selepas bayaran, kami akan hubungi anda melalui WhatsApp dalam masa 24 jam untuk mula setup.

WhatsApp