Privacy Policy
Kemaskini terakhir: September 2026
1. Pengenalan
BoostMarketing.my komited untuk melindungi privasi anda. Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda.
2. Maklumat Yang Kami Kumpul
Kami mengumpul maklumat berikut:
- Maklumat Peribadi: Nama, email, nombor telefon
- Maklumat Bisnes: Nama bisnes, kategori, lokasi
- Maklumat Pembayaran: Diproses melalui ToyyibPay dengan FPX (kami tidak menyimpan maklumat akaun bank anda)
- Akses Google Business: Akses manager yang diberikan oleh pelanggan
3. Cara Kami Menggunakan Maklumat
Maklumat anda digunakan untuk:
- Menyediakan perkhidmatan pengoptimuman Google Business Profile
- Menghubungi anda mengenai perkhidmatan dan kemaskini
- Menghantar laporan prestasi bulanan
- Memproses pembayaran dan refund
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan kami
4. Perkongsian Maklumat
Kami TIDAK menjual atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga kecuali:
- ToyyibPay: Untuk pemprosesan pembayaran
- Google: Untuk mengakses dan mengurus Google Business Profile anda (dengan kebenaran anda)
- Undang-undang: Jika dikehendaki oleh undang-undang
5. Keselamatan Data
Kami mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi maklumat anda:
- Penggunaan HTTPS untuk semua komunikasi
- Akses terhad kepada maklumat pelanggan
- Tidak menyimpan maklumat pembayaran sensitif
6. Hak Anda
Anda berhak untuk:
- Mengakses maklumat peribadi yang kami simpan
- Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat
- Meminta penghapusan maklumat anda
- Menarik balik akses Google Business Profile pada bila-bila masa
7. Cookies
Laman web kami mungkin menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Anda boleh menyekat cookies melalui tetapan pelayar anda.
Laman web ini juga menggunakan tag Google Ads dan cookie daripada Google untuk mengukur keberkesanan iklan kami, contohnya berapa ramai pelawat yang datang dari iklan Google kemudian menekan butang WhatsApp atau membuat bayaran. Data yang dihantar kepada Google ialah maklumat penggunaan laman seperti halaman yang dilawati dan butang yang ditekan, dan ia tidak termasuk nama, nombor telefon atau emel yang anda isi dalam borang. Anda boleh menyekat atau memadam cookie ini melalui tetapan pelayar anda pada bila-bila masa.
8. Penyimpanan Data
Maklumat anda akan disimpan selagi anda menjadi pelanggan aktif. Selepas pembatalan, maklumat akan dipadamkan dalam tempoh 30 hari kecuali jika diperlukan untuk tujuan undang-undang.
9. Perubahan Polisi
Kami berhak untuk mengubah polisi privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan dikemaskini di halaman ini.
10. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi privasi ini atau ingin menggunakan hak anda, sila hubungi kami melalui email.